Tentang Kami


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.








Baca itu, satu kuasa luar biasa. 
Baca itu, mampu merubah bangsa lembik, jadi perkasa.
Baca itu, membuka apa yang rapat tertutup, jadi celik.
Dan kerana itu, kami berbangga dapat membantu masyarakat  untuk MEMBACA.
Moga dengan itu, kita tidak terus pejam dalam celik.
Tidak lagi buta ditindas duniawi durjana.

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

AHLAN....AHLAN....
SELAMAT DATANG KE

ibnuDDin's Book Shop

"HUB BUKU SEMESTA"


No. Pendaftaran Perniagaan SSM : 002487902-K


Satu ketika, ada orang mengatakan kepada saya, "Mengapa jual buku? Untung dah la tak banyak mana."

Mudah jawapannya.

"Kerana ilmu itu adalah sesuatu yang terlalu besar nilainya. Tambah lagi ilmu-ilmu agama, yang membawa manusia mengenal Allah, yang membawa manusia dekat dengan Allah.

Tiada apa yang menggembirakan lebih dari hal ini, memudahkan insan lain mendalami ilmu dan memudahkan insan lain mengenal Peciptanya.

Bukanlah untung manusia yang didambakan sangat, tetapi keuntungan kita di akhirat nanti yang lebih besar untungnya."

Moga Kedai Buku Online ini dapat memenuhi citarasa anda dan membantu anda untuk mengembangkan lagi  ilmu pengetahuan.



Kami di sini menjual buku-buku daripada pelbagai penerbit secara online dengan harga dan promosi yang hebat!

Moga ibnuDDin's Book Shop dapat memenuhi citarasa anda dan membantu anda dan seluruh umat manusia lain mengembangkan lagi  ilmu pengetahuan demi kelangsungan intelektual sejagat.

Kami menjual buku-buku daripada penerbit-penerbit(publishers) seperti berikut :


  • PTS
  • Galeri Ilmu
  • Kemilau Publika
  • Pustaka Azhar
  • al-Hidayah
  • Jasmin
  • Klang Book Center
  • Hijjaz Record
  • Inteam
  • Telaga Biru
  • Karangkraf
  • Karya Bestari
  • Must Read
  • Pustaka Jiwa
  • Pustaka Syeikh Nuruddin
  • Ustaz Sharhan Safie
  • Seribu Dinar
  • Pustaka Cahaya Kasturi
  • Sebarkan Bahagia Resources
  • Penerbit Syabab
  • Dan lain-lain...
Selamat membeli dan menambah ilmu pengetahuan.

Jazakumullahukhairan!^^


Lihat PENGHANTARAN kami kepada pelanggan dan TESTIMONI - KLIK SINI


*   *   *


Saya seorang yang punya angan yang tinggi, jika boleh setinggi langit tertinggi, setinggi itulah angan saya akan menggapai. Semuanya kerana angan-angan itu percuma dan menandakan kita berfikir dan terus berfikir. Dan, apabila angan-angan itu hanya sekadar angan, ianya akan bakal merugikan hidup kita.

Angan-angan, perlu ada tindakan. Kita bebas berangan-angan, tapi jangan hanya angan-angan kosong, biar angan-angan kita itu, kita angankan sekali dengan tindakan kita.

Selepas SPM.

Pada saat ramai sudah mula bekerja, saya juga ingin bekerja. Lalu, ayah saya cadangankan satu pekerjaan kepada saya. Bagi saya, saya tidak kisah apa sahaja kerja yang ayah cadangkan, kerana pada saat itu, duit bukanlah sesuatu yang penting bagi saya, tetapi pengalaman bekerja itu yang saya damba.

Rupa-rupa, ayah ingin mengajar saya sesuatu melalui cadangannya. Saya diminta membantu sambil bekerja kepada seorang jiran saya yang menjadi peniaga di market dan pasar-pasar sekitar daerah Baling dan Sik, Kedah. Saya akur, saya perlu lalui semua itu, untuk mematangkan minda saya dan memberi pengalaman serta gambaran dalam dunia perniagaan.

Bersambung...


Untuk mengenali 'saya' dalam kisah di atas, anda boleh melawat blog rasminya : http://www.ibnuddin.com




+ comments + 3 comments

15 Januari 2016 5:03 PTG

boleh beli byhand tak ?

15 Januari 2016 10:02 PTG

Abdul Hadi : Boleh. WhatsApp nombor ini untuk COD +60105647367 (pastikan letak +6 di depan).

15 Ogos 2016 10:31 PG

kedai kt Johor ada x???

Catat Ulasan


    Random posts widget
 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger